Rakan Cina anda tiada teman pada Tahun Baru Cina (CNY)? Usah gusar!
Carrine Low, 22 tahun, ‘mempromosikan’ khidmat ‘temanita sehari’ di Facebooknya dan sejak pos tersebut dimuatnaikkan sekitar 5 petang semalam, ia telah meraih 2.1 ribu kongsian dan 1.1 ribu komen.
Sumber: Facebook Carrine Low
Siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tersebut menawarkan pelbagai jenis pesona yang boleh dia lakonkan bagi memuaskan bukan saja kehendak klien, malah untuk menutup mulut keluarga klien tersebut daripada mengata.
Carrine turut mengongsi ciri-ciri dan kemahirannya — termasuk bermain mahjong dan mengopek udang.
Promosi ‘tunang bedek’ juga disediakan wanita jelita itu di mana klien tersebut dikehendaki menghadiahkannya sebentuk cincin.
Pakej tersebut juga termasuk menukar status Facebook, memanggil ibu bapa kliennya ‘ma’ dan ‘pa’ dan sebuah album gambar.
Carrine bergambar dengan seorang Ah Mah untuk menunjukkan kebolehannya bercanda dengan warga tua.
Bagi perkhidmatan ‘sewa’ ini, Carrine mengecaj $100 setiap jam dan bayaran tambahan $0.30 dikenakan jika klien mahukan promosi tunang Carrine. Bahkan, dia memberikan diskaun $22 bagi mereka yang masih bersekolah.
Sayangnya, pos tersebut sebenarnya iklan bak kwa yang mempergunakan kaedah ‘jual diri’ untuk menimbulkan ‘hype’ di kalangan warganet.
Kebanyakan pengguna Facebook hampa dengan kesudahan pos tersebut. Satu daripada komen yang dikongsikan membuat Newsdesk terbegik sedikit.
Janganlah tension...Awat hang bebai kahhh..
Namun, ada yang memuji taktik perniagaan bisnes bak kwa berkenaan dan daya kreatif Carrine dalam menjual produk.
Licik!
コメント