top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Kanak-kanak 13 tahun maut setelah jatuh dari tingkat enam semasa berbasikal


Sumber foto Must Share News: Kemalangan tersebut menarik perhatian penduduk estet

Seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun meninggal dunia setelah jatuh dari tempat meletak kereta di tingkat enam semasa menunggang basikal pada Rabu, 8 Januari.


Menurut Shin Min Daily News, kejadian malang yang berlaku pada 4 petang di Blok 526A Pasir Ris Street 51 semasa arwah bermain bersama rakan-rakannya.


Kejadian tersebut dilaporkan oleh seorang pembantu rumah yang bekerja di daerah itu setelah terdengar dentuman yang kuat.


Malangnya, mendiang yang dikatakan terpelanting daripada ketinggian 1.1 meter, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pertahanan Awam Singapura (SCDF).


Impaknya begitu kuat sehinggakan kasut sekolah kanak-kanak itu tercabut.


Penduduk di kawasan tersebut mengeluarkan spekulasi bahawa mendiang mungkin telah merempuh selusur di tingkat enam semasa mengayuh turun dari lereng di tingkat tujuh.


Ada juga yang mengatakan mendiang mungkin tidak sempat memicit brek lalu hilang kawalan.

Namun, punca sebenar masih dalam siasatan.


Bunga, patung mainan dan makanan dipersembahkan buat mangsa


Menyusuli kejadian tidak beruntung itu, pemberian diletakkan di tempat pejalan kaki dan laporan menyatakan seorang wanita, disyaki ibu mangsa, dan beberapa pelajar dari sekolah mendiang juga meraung di tapak kejadian.


Remuk hati apabila khabar ini disampaikan kepada newsdesk.


Rest in peace, child.

7,227 views0 comments

Comments


bottom of page