Pada petang 4 Januari, seorang pengguna Facebook, Mazlan Sulaiman, telah memuatnaikkan video dengan kapsyen “Mat lu kalau dh beruk perangan jng mcm beruk...scandal lu muka pun mcm beruk...dasar beruk...”
Video 2 minit itu bermula dengan soalan:
“Rozie, do you know that I’m pregnant? Do you know that I’m pregnant? You know right? You know I’m pregnant.”
Daripada mukadimah tersebut, pihak newsdesk difahamkan mangsa keadaan merupakan wanita hamil dan telah ditikam rakannya sendiri, “Rozie”.
Pertengkaran yang berlaku di luar Amber Hotel diteruskan dengan pernyataan “guilt-trip” pula.
“Rozie I tell you I takkan maafkan you tau eh. I takkan maafkan you. I pregnant tau you buat I macam gini tau Rozie,” kata wanita hamil itu sambil menahan sebak.
Meskipun dicaci, Rozie seakan-akan tidak menujukkan kesesalan. Malah, dia kekal tenang sambil mengangguk kepalanya dan menogok air teh chrysanthemum.
KULIT TEBAL: Tidak menghuraikan kekata rakannya yang telah dia sakiti, Rozie terus meminum airnya. Mungkin dahaga setelah rancak bercanda dalam bilik hotel.
Geram dengan tidak balas Rozie, seorang makcik rugged berkata:
“Aku cepuk kau aku tak heran ah kau siapa.”
“Kau apa? Binatang ke apa kau? Kau kepala buto lah sial!”
Namun, Rozie tetap tidak berganjak. Di sini klimaksnya. Standby. Sementara Rozie dimaki makcik itu, seorang lelaki yang berpihak pada mangsa menelefon “Mama” untuk menyuruhnya turun ke lokasi kejadian. Identiti Mama masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, wanita hamil tersebut dilihat sedang menarik perhatian seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai “Bie” atau “Fazlee”. Kami mengagak Bie Fazlee merupakan kekasih mangsa dan FWB Rozie.
GENTLEMAT?
Bie Fazlee dilihat hendak menyelamatkan Rozie daripada dimaki hamun sementara kekasihnya yang mengandung, diabaikannya.
“Bie sini, I nak berbual dengan you. Bie...Bie...Itu sebab I cakap dengan you eh...”
Tiba-tiba, telefon bimbit Rozie dihempas ke lantai oleh mak cik rugged yang dari mula sampai habis video, tak habis-habis maki. Faham-fahamlah, tengah marah kan...Good job mak cik!
TAMPARAN WANITA
Amarah yang melodak menggoncang iman mak cik rugged sehinggakan dia menyepak telefon bimbit Rozie ke lantai. Kisah mak cik VS Rozie berterusan di latar. Tapi kini, mari tumpukan perhatian pada drama mangsa dan Bie Fazlee. Kejadian tersebut menunjukkan bahawa Bie Fazlee enggan meneruskan hubungannya dengan mangsa.
SESI SOAL SIASAT: Perbalahan antara mangsa dan Bie Fazlee diteruskan di jalan raya bertentangan dengan hotel.
Dia berkata: “I takde kena mengena lagi dengan you,” beberapa kali.
Terguris, mangsa cuba untuk menyingkap kembali kenangan manis mereka sejak 2016.
Namun, kemalasan yang terpancar diraut Bie Fazlee membuat mangsa menukar soalannya. Soalan cepu emasnya telah membuat Bie Fazlee tersentak.
“Okay you buat apa dengan dia kat dalam dah pergi hotel main. Betul tak?”
Jawapan Bie Fazlee? “Berbual lah...”
Apabila disuruh untuk bersumpah, Bie Fazlee terus menukar topik. Kau rasa?
Luahan wartawan: Marah sis tengok video ni. Kalau setakat nak berbual jer, kenapa kena check-in? Tak boleh percaya reasoning dia.. Harap-harap masalah ni dapat disettle dengan baiklah.. Jangan ikut perangai sis. Kalau sis yang kena gitu, sis potong-potong beberd dia dahtu mintak cerai.
Korang ada tak pengalaman menyundal, ditikam member atau dicurangi?
Kongsikan! Newsdesk nak tahu!
תגובות