top of page
Writer's pictureBelalang Biru

NETS Tidak Diterima Teksi, Ibu Anak Sakit Mempertahankan Diri

Lanjutan daripada peristiwa dihalau keluar teksi kerana ingin membayar melalui NETS, anak Ummi telah mempertahankan dirinya melalui kaedah Instagram story.


Menurutnya, peristiwa yang dia lalui semalam, 15 Januari, merupakan kali pertama bayaran NETSnya ditolak pemandu teksi.






Setelah bersilat lidah, anak Ummi berkata dia dan anaknya, Alyna serta seorang lelaki bernama Amir, keluar dari teksi tersebut dan mencari alternatif lain.


Namun begitu, menurut pos Ummi di Facebook, dia berkata:

“And you ask my daughter to step out of ur car just because she want to pay by Nets and not cash! She have a sick child with her who is having high fever, have to step out, carry the pram out of the boot.” Menjengkelkan.


Sebelum pemandu tersebut beredar.. anak Ummi berkata dia sebenarnya telah mencuba untuk berunding dengan pemandu tersebut dengan ‘damai’. Namun, dia gagal untuk memujuk pemandu tersebut untuk membawa mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH) dari Jurong.



Newsdesk difahamkan wanita ini mendapat teksi lain dan anaknya sudah pun dirawat di hospital berkenaan.


Sungguhpun anaknya tidak apa-apa, wanita ini seolah-olah masih tidak berpuas hati dan turut menambah bahawa pemandu tersebut telah menimbulkan fitnah tentang dirinya.






Malah, dia menambah bahawa netizen telah mempersendakan anaknya.


Menurut analisa yang dijalankan newsdesk, tiada sebarang tohmahan pun yang dikatakan tentang anak kecil itu.

Di samping itu, pada sekitar 10:45 malam semalam, Ummi telah “menyembunyikan” posnya. Pos tersebut tiba-tiba muncul kembali pagi ini. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna Facebook.




Setakat ini, newsdesk hanya menerima jawapan daripada pihak Ummi. Usaha kami untuk menghubungi pemandu tersebut agak sia-sia.


Pihak manakah yang anda sokong? #teamummi atau #teamteksi? Kongsikan!

16,167 views0 comments

Commentaires


bottom of page