top of page

Pemandu Teksi Halau Penumpang Sebab Tak Terima Bayaran NETS



Pada petang Rabu, 15 Januari, Ummi Abdullah Saadah, mengadu tentang perkhidmatan teksi ComfortDelGro yang bernaung di bawah syarikat Grab melalui Facebook.


Menurut kenyataan Ummi, anaknya hendak membawa cucunya ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH) akibat demam tinggi.


Namun, pemandu teksi tersebut enggan menerima bayaran menerusi bayaran NETS. Newsdesk difahamkan anak Ummi dan cucunya disuruh keluar dari teksi sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung dalam teksi. Katanya, “And you ask my daughter to step out of ur car just because she want to pay by Nets and not cash!”


Tambah Ummi, pengasas sebuah syarikat katering, anaknya juga mengeluarkan kereta sorong keluar dari but sendiri sambil mengendong anaknya.


“She have a sick child with her who is having high fever, have to step out, carry the pram out of the boot,” luah Ummi, yang penyifatkan pemandu tersebut ‘tidak berhati perut’.


Ekoran posnya,yang setakat ini mendapat 750 reaksi, 457 komen dan 321 kongsian, pengguna Facebook lain turut memberi pandangan mereka.


Ada yang memberi simpati terhadap keadaan tersebut dan menyokong tidakan Ummi.






Namun, ada juga yang menyalahkan anak Ummi dan berkata dia serta anaknya kurang fasih tentang protokol Grab.





Luahan wartawan: Sebagai seorang pengguna Grab berstatus ‘emas’ tiga tahun berturut-turut, setahu saya, kalau dah tekan ‘cash’, wang tunailah bayarannya. Kalau ‘debit’, wang simpanan anda akan dipotong beberapa hari selepas khidmat tersebut digunakan. Kadang-kadang ada juga leeway di mana pemandu menerima bayaran paynow atau bank transfer. Tak pernah pulak lah try bayar pakai Nets kalau book melalui Grab. Ala tapi apa salahnya...Duit tetap masuk kan…


Tapi, kalau pemandu tu mati-mati tak nak accept, suruh dia cancel the trip so you tak payah bayar the cancellation fee. Lepas tu, rebook. And rasanya tak perlu nak viralkan kes macam gini. Mungkin pemandu tu ada sebab dia sendiri tak nak terima NETS.


Apakah pandangan anda tentang hal ini? Patutkah pemandu tersebut disalahkan? Atau adakah penumpang yang bersalah?

20,122 views0 comments

Comments


bottom of page